Siakap Keli

(Video) Wanita Hampir Lemas ‘Disedut’ Lubang Besar Di Tengah Jalan

Seorang wanita di bandar Xinyang, China hampir lemas apabila basikal yang ditunggangnya itu terjatuh ke dalam sebuah lubang yang tidak kelihatan.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu (10/7/2020) itu berjaya dirakam oleh kamera pengawasan.

Mujur orang awam berdekatan yang menyedari nasib malang wanita berkenaan bergegas untuk membantunya keluar daripada lubang tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan keadaan wanita tersebut selepas terselamat daripada kejadian itu.

Hujan lebat dilaporkan melanda beberapa bandar besar di China menyebabkan lubang serta lopak air yang merbahaya terjadi, lapor CGTN.

Sumber: CGTN

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa