Siakap Keli

Wanita Masuk Kandang Buaya Bersama Anaknya Untuk Mengambil Dompet Timbulkan Kebimbangan

Tular satu rakaman mengejutkan ketika seorang wanita dengan beraninya membawa anaknya masuk ke dalam kandang buaya untuk mengambil dompetnya yang terjatuh.

Kejadian tersebut disaksikan oleh orang ramai yang turut berkunjung ke Taman Hidupan Liar Safari Utara di Brainerd, Minnesota. Ketika kejadian anaknya berlari-lari di dalam kandang buaya, wanita itu dilihat cuba mengalihkan perhatian buaya dengan mengambil tongkat dan batu yang di baling kearah haiwan berkenaan.

Dia mengambil sebatang tongkat untuk menekan klac

Tindakannya membuat buaya berkenaan berenang ke dalam kolam dan wanita itu dapat mengambil dompetnya kembali. Selepas berhasil, wanita itu membawa anak lelakinya keluar daripada kandang berkenaan dengan segera.

Akhirnya, ibu menggunakan batu untuk menjauhkan reptilia dari dompet

Seorang pegawai mengatakan bahawa dia tidak senang dengan aksi berani yang dilakukan oleh wanita berkenaan. Malah, dia mengetahui kejadian tersebut selepas melihat video viral berkenaan. Pihak Safari North telah meletakkan tanda pada pagar untuk menjaga keselamatan haiwan dan juga pelawat.

Video itu difilemkan pada hari Sabtu

Sumber: Dailymail

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa