Siakap Keli

Doktor Ingatkan Kesan Merokok, Asap & Wap Panas Jadi Punca Tompokan Timbul Pada Langit-langit

Umum kita mengetahui, merokok ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk berbanding kebaikan.

Malah boleh jadi tiada langsung kebaikan yang boleh didapati apabila kita merelakan diri kita ‘terbakar’ perlahan-lahan dijarah asap rokok.

Selain mengakibatkan pelbagai penyakit berisiko tinggi seperti masalah jantung, strok, mati pucuk dan sebagainya, merokok juga boleh merosakkan lelangit dalam mulut kita.

Mari baca hujah dan penjelasan oleh seorang pengamal perubatan pergigian, Dr. Mohd Khairul Izwan ini.

Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan

Tahukah anda, asap serta wap panas daripada rokok boleh memberikan kesan secara langsung kepada tisu dan mukosa di dalam mulut?

Selain menimbulkan bau mulut yang kurang menyenangkan serta menyebabkan gigi mudah menjadi kekuningan, salah satu tanda yang sering didapati di dalam mulut seorang perokok adalah bintik-bintik merah serta putih pada bahagian langit-langit.

Keadaan ini disebut sebagai “Smoker’s Palate” atau nama lainnya adalah “Nicotine Stomatitis”.

Keadaan ini biasanya tidak bergejala atau tidak sakit serta jarang disedari oleh kebanyakan individu. Kadang-kadang bintik-bintik tersebut boleh hilang sendiri, atau ia boleh terus berada di situ.

Bintik-bintik tersebut menunjukkan terjadinya perubahan pada tisu mulut kesan daripada reaksi keradangan yang disebabkan oleh asap yang panas dan bahan kimia yang terkandung di dalam rokok.

Walaupun tidak menimbulkan sebarang kesakitan dan tidak berbahaya, namun harus diingatkan bahawa merokok merupakan salah satu punca utama yang meningkatkan risiko terjadinya kanser mulut.

Sebarang perubahan yang berlaku terhadap tisu mulut kesan daripada merokok harus diwaspadai dan perlu berhati-hati.

Semoga bermanfaat!

Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan
Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan
Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan
Gambar: Dr. Mohd Khairul Izwan

Dr Mohd Khairul Izwan,
Suka berkongsi.

Jemput follow FB saya dan set See First supaya anda tidak tertinggal info yang menarik dan sangat berguna tentang kesihatan pergigian.

#DakwahGigi

Sumber: Dr. Mohd Khairul Izwan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.