Siakap Keli

Harimau Kumbang Ditemui Di Kampus UiTM Kuala Pilah

Kemunculan Harimau Kumbang di kawasan UITM Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi tular dan menimbulkan kebimbangan ramai.

Susulan itu Persatuan Haiwan Malaysia, dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) diminta mengambil perhatian segera kerana dibimbangi terdapat pihak yang mencederakan atau membunuh Harimau Kumbang tersebut.

Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan sebarang provokasi atau menghampiri haiwan dalam spesies terlindung itu supaya khazanah berharga ini kekal terpelihara.

Kemunculan Spesis Harimau Kumbang di kawasan UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan perlu perhatian segera pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).

Dibimbangi ada pihak yang panik mencederakan atau membunuh Harimau Kumbang ini. Selain itu langkah keselamatan perlu untuk mengelakkan konflik manusia-hidupan liar apabila wujud ancaman.

Perlu diingatkan Harimau Kumbang adalah spesis terlindung dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidup Liar 2010. Memburu, membunuh dengan sengaja untuk tujuan memiliki, menjerat, dan menangkap Harimau Kumbang adalah jenayah berat yang boleh mengheret pelaku ke penjara dengan denda hingga RM100,000.00.

Kemunculan Harimau Kumbang keluar dan tonjolkan diri di kawasan awam menunjukkan habitatnya mengecil, kekurangan sumber makanan dan ancaman keselamatan dalam kawasan rayaunya.

Libatkan pihak PERHILITAN untuk tangkapan bagi mengelakkan apa-apa kemungkinan serangan supaya spesis dan khazanah berharga ini kekal terpeihara.

Orang ramai diminta tidak memprovokasi dan menghampiri Harimau Kumbang sehingga diuruskan oleh PERHILITAN memandang pihak PERHILITAN punya kuasa, kelengkapan dan kepakaran mengendalikan hidupan liar di negara ini.

Harimau Kumbang kini sedang dalam pengurusan dan pantauan pihak PERHILITAN Negeri Sembilan untuk relokasi.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.