Siakap Keli

“Ingat Dah Takda Harapan,” Penantian 21 Tahun Berakhir, Wanita 42 Tahun Luah Rasa Syukur Diberi Rezeki Hamil Anak Pertama

Sudah menjadi impian bagi pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Pun begitu, terdapat juga pasangan yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.

Begitulah yang dialami oleh satu pasangan suami isteri yang terpaksa menunggu dalam tempoh lebih 2 dekad sebelum wanita tersebut disahkan hamil. Lebih mesra dikenali sebagai Puan Rohani, kisah yang dikongsikannya begitu menjentik hati mengenai kesabarannya menantikan zuriat dalam tempoh 21 tahun.

Ingat dah tak ada harapan kerana usia sudah cecah 42 tahun

Menurut Puan Rohani, dia tidak menjangkakan bahawa dia akan dikurniakan zuriat pada umur sebegitu tambahan pula telah menantikan dalam tempoh yang agak lama. Puan Rohani yang telah disatukan dengan suaminya pada 21 tahun lepas telah berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Kiranya dah 21 tahun lah tunggu ni

Namun, penantian mereka selama 21 tahun bukanlah sia-sia selepas si isteri membuat pemeriksaan ‘pregnancy test’ yang menunjukkan dirinya positif hamil.

Pernah gugur pada usia kandungan 3 bulan

Puan Rohani turut berkongsikan bahawa dia pernah disahkan hamil pada usianya mencecah 30 tahun. Namun, kandungannya tidak kekal lama apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungan meningkat 3 bulan.

Peristiwa 12 tahun lalu sememangnya pahit untuk ditelan oleh seorang wanita yang rahimnya pernah ditumpangi oleh ‘bidadari’ kecil.

Dalam 12 tahun lepas, ada pernah gugur satu kali masa umur saya 30…kira-kira usia kandungan 3 bulan.

Walaupun terpaksa menelan kenangan tersebut, Puan Rohani dan suami tidak patah semangat dan teruskan ikhtiar dan berusaha. Tambahnya lagi, doa turut dijadikan sebagai amalan supaya Allah SWT mengurniakan zuriat kepada mereka berdua.

Tak sangka dirinya hamil anak pertama

Setelah 21 tahun penantian, Puan Rohani seakan tidak percaya bahawa dirinya sedang hamil anak pertama dia dan suaminya. Tidak menyangkakan perkara tersebut, Puan Rohani turut menceritakan mengalami simptom turun haid seperti mengalami perubahan rasa bengkak pada payudara, namun haidnya tidak turun juga. Sehinggalah beliau terdetik untuk membuat pemeriksaan dan tidak disangka disahkan hamil.

..tak ada period pun, cuba check sebab rasa macam tak sedap je. Bila check nampak naik line dua.

Berdoalah kepada Allah SWT

Bertanya tips dan nasihat bagi golongan wanita yang juga ingin dikurniakan rezeki zuriat, Puan Rohani menasihati agar sentiasa mengamalkan doa sekiranya mahu dapatkan yang terbaik.

Selain itu, wanita itu juga turut mencadangkan untuk berpuasa agar toksik-toksik di dalam badan boleh terbuang dan melancarkan segala sistem di dalam badan kita. Sebelumnya, Puan Rohani ada memaklumkan bahawa dia mengamalkan amalan berpuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan sehinggalah memasuki bulan puasa.

Selain itu, Puan Rohani juga turut mengambil minuman tambahan untuk dirinya. Minuman yang dimaksudkan ialah susu Efferty yang dikatakan mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya kaum wanita.

Gambar: Efferty HQ

Susu Efferty ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk wanita iaitu seperti menstabilkan hormon haid dengan lebih teratur. Antara kebaikan lain bagi susu Efferty ini juga adalah memudahkan jumpa waktu subur yang khususnya bermanfaat kepada pasangan suami isteri.

Bagi menambah selera, susu Efferty ini didatangi dengan tiga jenis perisa iaitu coklat, strawberry dan juga original madu kurma. Minuman ini yang mula menempah nama di Malaysia sejak September 2019 sememangnya sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia kini.

Gambar: Efferty HQ

Susu Efferty kini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai sehingga 490 ejen. Tidak terkecuali, produk ini juga boleh didapati di Singapura dan juga Brunei.

Antara testimoni produk yang memberikan respon terhadap minuman Efferty adalah seperti berikut:

Jadi, apa salahnya untuk mencuba bagi ? Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari laman Facebook Efferty HQ.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa