Siakap Keli

Ini Cara Untuk Taip Dalam Tulisan Jawi Guna Telefon Pintar, Tak Perlu Muat Turun Apa-Apa Aplikasi

Setiap hari jumaat adalah Hari Jawi seperti mana yang dimumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri. Mungkin ada diantara anda tertanya-tanya bagaimana nak taip tulisan jawi dalam telefon pintar.

Hari ini penulis nak kongsikan dengan korang macam mana nak taip text jawi tanpa perlu muat turun apa-apa aplikasi. Hanya menggunakan satu laman web yang sedia ada di carian Google.

Ini langkah-langkah yang korang boleh cuba.

  1. Korang pergi ke laman web di SINI
  2. Anda akan dibawa ke laman web seperti di bawah

3. Taip teks yang anda mahu dalam bahasa malaysia di ruangan yang disediakan

4. Klik ‘Convert’ dan Bahasa Malaysia itu akan ditukar ke tulisan jawi secara automatik

5. Copy tulisan jawi tersebut dan korang boleh post di laman FB atau mana-mana laman sosial yang korang nak. Selamat mencuba

Sumber: Ejawi

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)