Kes jenayah di tandas awam bukan perkara yang asing lagi sama ada rompak, samun mahupun gangguan seksual. Mangsanya juga tidak terhad kepada wanita kerana sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran penjenayah yang telah bersedia lebih awal.
Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi pengalaman kurang menyenangkan yang dialaminya di sebuah stesen minyak di Subang Jaya, Selangor.
Menurut @syvzwvn, dia pernah bertembung seorang lelaki mencurigakan di stesen berkenaan. Lelaki itu dikatakan bermain telefon sebelum mengekorinya ke tandas dalam keadaan meragukan. Tidak sedap hati dengan kelakuan lelaki tersebut, dia kemudiannya membatalkan niat untuk ke tandas.
Singgah petrol station, nak guna toilet. Nampak brother ni berdiri tepi petrol station main phone. Toilet kat belakang. Bila jalan sebelah dia aku perasan dia scroll between home je kat phone. Halfway nak ke toilet rasa cam tak best, so patah balik.
— SS (@syvzwvn) July 23, 2020
Pastu nampak brother tadi ikut pergi toilet. Padahal masa nak park kereta aku nampak dia jalan dari belakang. Phew. Kalau aku pergi jugak toilet mesti dah kena rompak. Scary siot. And I’m a guy. Bayangkan perempuan kena hadap benda ni hari hari. Rasa tak selamat sepanjang masa
— SS (@syvzwvn) July 23, 2020
Lelaki ke perempuan, kalau pergi toilet kat belakang petrol station ajak lah kawan teman. Kalau boleh tahan, cari yang toilet dia kat depan or sebelah petrol station.
— SS (@syvzwvn) July 23, 2020
Dalam kejadian berasingan di stesen minyak yang sama, @syvzwvn mendakwa dirinya pernah diintai seorang individu ketika berada di tandas lelaki. Setelah diberitahu kepada petugas stesen minyak, mereka kemudiannya memeriksa tandas berkenaan sebelum pelaku melarikan diri.
Tapi lari pergi toilet perempuan. Lol.. Aku cakap kat dalam toilet laki, diorang buat muka pelik. Ada brother rider grab ikut sekali, dia panjat tengok mamat yang intai tu ada lagi kat dalam. Perasan dia dah kantoi, terus lari keluar toilet, naik motor, blah.
— SS (@syvzwvn) July 23, 2020
Sekian. PSA dan cerita kontot dari saya. Berhati hati lah gais. Sekarang musim covid, semua pakai mask susah nak identify orang jahat.
— SS (@syvzwvn) July 23, 2020
Berikutan itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman dan kegusaran mereka ketika menggunakan tandas di tempat awam khususnya stesen minyak.
Pernah dirompak
Aku pernah kena rompak kat toilet petrol station. Masa tu Ada RM2 je dlm wallet ambiklah
— penyelamat dunia (@kep3n) July 23, 2020
One petrol station I went to kept their toilets locked, and the key has a huge piece of wood attached to it (like 30cm x 3cm x 2cm). I asked why and they said dulu ada orang kena rompak so the stick is like… at least you can hit someone if they try to do something to you.
— Panic! At The Tesco (@rincredible) July 23, 2020
Risau dirakam kamera tersembunyi
Kena skodeng satu, kena rakam pakai hidden cam pun lagi scary. Silap2 viral kat tumblr. Skrg ni hidden cam mcm2 bentuk yg tak terjangka. Pen, penyangkut baju dll.
— Intan (@IntanSpot) July 24, 2020
Moga kita semua dilindungi
Semoga semua orang dijauhi la benda2 macam ni. Semoga Tuhan lindungi kita semua. Thanks for this thread. Huhu
— ALINN 🐯 (@syaza_arianaa) July 23, 2020
Sumber: @syvzwvn