Siakap Keli

(Video) Buaian Gergasi Dipercayai Tertinggi Di Dunia Setinggi Bangunan 30 Tingkat Mula Dibuka Di China

Salah satu destinasi pelancongan di China telah membuka satu tarikan pelancong iaitu buaian dipercayai tertinggi didunia. Menambahkan pengalaman ekstrim, buaian ini terletak di tepi tebing yang curam yang setinggi 2,300 kaki atau kira-kira 700 meter.

Dikenali sebagai ‘Raja Buaian’, ia menjadi daya tarikan terbaru yang terletak di Chingqing, barat daya China. Ia juga telah disahkan oleh Guinnes World Records sebagai ‘bingkai buaian yang tertinggi’ selepas mengalahkan pemegang sebelum ini iaitu B!G rush yang terletak di Afrika Selatan dengan perbezaan  hanya 40 kaki.

Permainan ekstrim ini dianggarkan setinggi 328 kaki atau ketinggian sebuah bangunan 30 tingkat.

Menurut Yunyang Longgang Scenic Spot, buaian ini dilaporkan akan berayun dalam kelajuan kira-kira 80 batu atau 130km sejam dengan pemandangan pergunungan yang sangat menarik.

Buaian ini telah siap dibina sejak tahun lalu lagi dan menurut perancangan awal ia dibuka kepada orang ramai pada awal tahun ini. Namun, kerana wabak koronavirus pihak penguruan terpaksa menunda tarikh pembukaan.

Buaian raksasa ini boleh dinaiki seramai 3 orang dimana mereka akan diangkat ke udara dan diluncurkan ke arah lembah sungai Shisun dengan kelajuan yang tinggi.

Ketua jurutera, Shi Xuebin berkata, buaian ini telah menjalani pemeriksaan keselamatan selama empat bulan dan mampu menahan gempa berkekuatan 10 skala richter seta angin kencang sehingga 103 batu sejam.

“Pelancong akan memakai pakaian keselamatan yang telah diperakui oleh Kesatuan Eropah dan kami menambah pelindungan tambahan dengan  tali pinggang keselamatan khusus dibahagian luar pakaian.” kata Shi.

Bandar ini tidak hanya memilik satu buaian gergasi malah terdapat 5 buaian yang terletak di sebuah taman tema serta jambatan kaca yang berketinggian 390 kaki dari tanah.

Setiap hari, kira-kira 4,000 orang pelancong datang ke bandar tersebut untuk merasai pengalaman ekstirm menaiki buaian gergasi.

 

 

Sumber: Dailymail

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.