Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Detik Menyeramkan Dipercayai Sosok Tubuh Kucing Sedang Ekori Kucing Putih Terakam CCTV

Sebuah rakaman CCTV yang agak menyeramkan berjaya memperlihatkan seekor kucing dipercayai telah diikuti oleh satu sosok tubuh seekor kucing yang mengekori kucing putih tersebut.

Juliette Bird, 53, dan rakan serumahnya Deanna Crawte, 28, mula-mula mendapat tahu akan kemunculan sosok tersebut pada 13 Julai lalu semasa mereka memeriksa rakaman tersebut.

Ketika melihat rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati bahawa kucing jiran mereka yang bernama Topsy diekori rapat oleh satu sosok yang menyerupai seekor kucing.

Rakaman video tersebut memaparkan Topsy sedang melintasi rakaman kamera di depan dua kereta yang diparkir. Ketika itulah sosok yang dipercayai seakan kucing tersebut muncul dan mengekori Topsy secara rapat dari belakang.

Sosok tersebut dapat dilihat mengekori Topsy melewati kereta yang diparkir itu daripada kanan ke kiri melintasi pandangan kamera CCTV berkenaan.

Juliette dan Deanna memutuskan untuk menunjukkan rakaman itu kepada jiran mereka. Hasil daripada itu, jirannya menyatakan bahawa Topsy pernah ada kawan yang bernama Liquorice, pun begitu Liquorice telah mati pada baru-baru ini.

Jirannya itu turut menambah bahawa adik kepada Topsy iaitu Tilly juga telah hilang sejak enam minggu lalu.

Walaupun tidak dapat dipastikan perkara sebenar seperti yang terlihat dalam rakaman, namun ianya telah menimbulkan reaksi seram bagi warganet yang melihatnya.

 

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa