Siakap Keli

(Video) Gelagat Adik Ainul Tertawa Buatkan Ramai ‘Berjangkit’ Hendak Ketawa Juga

Sebelum ini, perhatian warganet pernah tertumpu kepada kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap penyakit ‘Germ Cell Tumor’.

Berbekalkan semangat dan bantuan daripada pelbagai pihak, adik Ainul berjaya dalam pembedahan membuang ketumbuhan tersebut dan kini keadaannya bertambah sihat.

Terbaru, menerusi perkongsian melalui akaun Instagram ibunya, gelagat adik Ainul itu telah membuatkan ramai yang turut sama ingin ketawa bersamanya. Apa tidaknya, dengan reaksinya yang comel, tidak mustahil boleh membuatkan hati warganet cair melihatnya.

Gelagatnya bergelak tawa itu secara tidak langsung telah berjaya menghiburkan netizen yang rata-ratanya mengikuti setiap perkembangannya.

“Tengok Ainul ketawa kita pun ikut ketawa”

Sumber: _nrlerwani

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa