Siakap Keli

Kerajaan Beri Tempoh 2 Hari Bermula Hari Ini Kepada Individu Yang Belum Buat Ujian Saringan Kali Kedua

Seramai 2,897 individu kuarantin wajib di rumah gagal jalani saringan Covid-19 kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara bakal ditahan dan didakwa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Susulan dengan isu tersebut, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri mengesahkan bahawa sekiranya mereka ini masih gagal untuk menjalani saringan Covid-19 kedua dalam tempoh yang diberikan, mereka akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Kerajaan memberi tempoh hanya dua hari bermula hari ini kepada 2,897 individu kuarantin wajib di rumah yang gagal menjalani saringan Covid-19.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang