Pemain legenda bola sepak Sepanyol dan bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez telah disahkan positif Covid-19. Beliau mengesahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya sebentar tadi.
“Beberapa hari lepas, berdasarkan protokol Qatar Stars League, saya telah disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan terbaharu. Saya merasakan diri saya seperti biasa tetapi mengikut protokol saya tetap akan diisolasi sehingga sembuh.”
“Apabila pasukan perubatan membenarkan saya bertugas semula, saya akan kembali bekerja dengan lebih bersemangat daripada sebelum ini.”
“Terima kasih kepada pihak berkuasa, terutama sekali yang bertanggungjawab menguruskan liga dan Persatuan Bolasepak Qatar serta pasukan saya sendiri kerana bersungguh-sungguh mengesan virus ini agar tidak melarat lebih teruk.”
Beliau sekarang berkhidmat sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab berpengkalan di Qatar iaitu kelab Al-Sadd dan tugasnya akan diambil alih sementara waktu oleh pembantunya, David Prats.
Xavi will now self-isolate and will not be able to take charge of Al Sadd's match with Al Khor today.
Despite testing positive, he claims to have no symptoms 🙏 pic.twitter.com/QOAP25bjCJ
— Goal (@goal) July 25, 2020
Sumber: Xavi