Siakap Keli

Pasangan Seorang Yang Psiko & Berbahaya? Dengar Nasihat Daripada Psikologis Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak dengar isu pasangan; sama ada yang belum berkahwin atau sudah berumah tangga, berlaku keretakan hubungan akibat salah seorang daripada mereka mempunyai perilaku yang pelik?

Biasanya kita tahu, kes-kes pasangan yang panas baran, pemalas, biawak hidup, suka makan gaji buta dan sebagainya.

Ada satu lagi isu yang menjadi barah dalam perhubungan seseorang, iaitu pasangan yang jenis ‘psiko’.

Agak menakutkan, tahap psikonya sampai ke peringkat ugutan, ancaman bunuh, kawalan ketat dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan.

Katakan, anda sendiri yang mengalami situasi ini, dalam masa sama, anda sayangkan hubungan dengannya, malah sudah berjanji untuk sehidup semati. Jadi apa nak buat?

Nak diluah mati emak, nak diluah mati bapak. Akhirnya ada individu yang buntu tidak jumpa jalan keluar, lalu terpaksa merelakan diri meneruskan hubungan tersebut dengan jiwa yang tersepit.

Seorang ahli psikologis yang menggunakan nama akaun Mentalist Joker di Twitternya, berkongsi satu penjelasan tentang kaedah bagaimana mahu mendepani mereka yang psiko ini.

Mari baca bebenang di bawah ini.

Sumber: Mentalist Joker

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.