Siakap Keli

“Sebelum Keluar Rumah Baca Ayat Kursi..” Kisah Gadis Ini Dakwa Dipukau Suami Orang Ketika Bekerja Lepas SPM

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak sangka zaman moden ini pun masih ada lagi kes santau dan sihir. Individu yang sering berkelakuan seperti ini memang dikategorikan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun. Masih mengamalkan perbuatan khurafat yang menjadi dosa besar di sisi agama. Mereka menjadikan perkara ini sebagai jalan pintas hanya atas dasar kepentingan diri sahaja.

Seperti kes yang kongsikan oleh seorang gadis ini, dia dikatakan pernah dipukau oleh seorang lelaki berstatus ‘suami orang’ semasa dia bekerja sambilan di sebuah pusat membeli belah di Selangor. Paling mengejutkan lagi, bukan hanya dipukau malah dia juga mendakwa pernah disihir oleh seseorang. Semoga perkongsiannya gadis ini menjadi pedoman untuk para wanita diluar sana.

“Terjumpa gambar ni masa kerja dulu, teringat balik that moment kena pukau dengan suami orang…”

Okay cerita dia macam ni. Masa tu 2018 i baru habis SPM. So, i kerja la kat rumah makcik kat Selangor. Then, dapat la kerja as part time promoter kat satu mall ni takut jugak la sebab baru first time kan belajar berdikari cari duit tapi kena jugak sebab nak beli phone baru.

So nak dipendekkan cerita. After almost sebulan kerja situ. One day tu, I shift tengahari pukul 1 and masa tu semua kawan yang lain tengah rehat, so i sorang la jaga kat luar tu sebab masa tu Chineese New Year ada la promosi-promosi baju tu.

Tengah tengah duduk sorang sambil lipat and kemas baju baju kat rak tu datang la sorang laki (kalau tengok muka umur dalam 30-an) Ni konon tengah cari baju tapi i tak layan la sebab bukan dia cari dekat brand yang i jaga. So, i biar jela and sambung kemas baju tu pastu dia datang kat i tanya “ada tak kemeja warna merah?” I pun macam eh ada jap eh nak carikan.

 Jadi, tolong la cari kat brand sebelah i. Masatu tak expect pape la sebab yela dia kan customer so layan jela. Lepastu baju warna tu i tak jumpa size dia then dia pun cakap “eh takpela takyah susah-susah. I pun okay la kalau macam tu and sambung la buat kerja sebab malas layan. Then dia datang kat i balik tanya nama i and dari mana semua, i pun jawab jela kan nama Mia (bukan nama sebenar) stay terengganu saja je kerja kat sini blabla pe semua. Pastu guess what? Tiba-tiba je dia boleh cakap;

“Yela kan bila parents kita bercerai ni memang kita rasa nk cari duit sendiri kan”.

Aku pun macam mana kau tahu parents aku cerai ni sumpah takut. Sebenarnya my parents cerai lama dah tau. Masa tu dah takut tapi still chill dalam hati doa mana la semua orang ni tak balik rehat lagi ke.

Pastu dia acah-acah sembang semua kan i jawab jela sebab rasa dia customer kan tak layan nanti jadi lain pulak. Pastu dia boleh cakap “takpe kerja la dulu nanti abang dah jadi doktor abang boleh la masuk minang mia”. Aku macam dah kenapa gila!!! Lepastu kan haa ni part i macam kena pukau.

“Part ni macam kena pukau”

Gambar Sekadar Hiasan

Tak sedar. Lama jugak la dia duduk tepi i masa tu. First tu dia mintak no phone i jawab la takde, tak pakai phone then yang i ingat dia pergi mana tah kejap then datang balik letak pen and kertas kecik depan i. Lepastu yang i sedar balik dia dah ambik kertas tu and cakap Thank you nanti abang call mia okay. Then dia blah.

Abang? I tak sedar pun bila masa i bagi nombor i kat dia. Pastu, petang tu i rehat pukul 5 then i turun je ambik beg and on phone automatic tepat masuk call unknown number. I dah agak dia i tak angkat sebab takut tapi i pelik lagi macam mana dia boleh tahu i rehat pukul 5 sumpah creepy.

I memang tak angkat langsung call masa tu. Dah la tengah lapar ko pulak nak menggatal. Pastu kan masa dalam perjalanan pergi foodcourt dia ada weh kat situ. I lari ajak kawan i pegi kat lain. Nasib dia tak ikut bongok betul orang tua ni.

Pastu habis rehat i masuk kerja balik tapi i diam je takde cerita kat sape-sape pun pasal tu. Then malam tu ada sorang laki ni datang shopping dengan family dia. Tengah-tengah dia and family pilih baju tu suami dia datang kat i, I rasa dia ustaz or alim la sebab pakai jubah semua dan isteri dia pun pakai purdah.

“Awak saya tengok macam ada kena something ni, macam kena sihir…”

Dia datang kat i dia cakap “awak ni asal mmg org sini ke?” I cakap la tak blabla semua kan (penat nak explain kat org) pastu dia tibatiba cakap tau “awk saya tengok mcm ada kena something ni, macam kena sihir”. Sumpah i dah bergenang air mata dah.

Siape pulak la main sihir zaman sekarang ni kan. Pastu, ustaz tu cakap lagi “takyah risau, Allah ada. Nanti masa balik sebelum masuk rumah baca ayat kursi semua. Reti solat kan? Ha lepas setiap kali solat 5 waktu tu baca ayat kursi. Nak keluar rumah pun baca. Sebab saya betul-betul nampak awak ni macam kena something.

Aku ni dah la baru je kerja, baru je nak pandai berdikari tiba-tiba org datang bagitahu macam tu mana tak takut weh. Terketar-ketar tangan masa tu tahan nangis tak nak orang nampak. Dah la tengah ramai customer.

Okay i terus cerita jela macam mana i tahu dia tu suami orang and ada anak satu. So, after that day dia selalu call tapi I tak pernah angkat. Mesti korang macam bodoh, block jela susah ape. I tak reti masa tu phone pun buruk time tu.

Mia jangan reply Whatsapp abg lagi tau, sebab isteri abang ada ni kat rumah ni…

Gambar Sekadar Hiasan

Pastu, dia whatsapp i tapi i tak pernah reply. Sampai la one day tu dia hantar Whatspp dalam pukul 2 pagi weh dia boleh cakap “Mia jangan reply Whatsapp abg lagi tau, sebab isteri abang ada ni kat rumah ni. Ni tengah tidurkan anak” oo ada isteri rupanya Ya Allah ko ni jantan memang eh!

Bila masa tah aku layan dia. I pun terus reply “dah ada anak bini yang gatal sgt kenapa? Jaga la isteri elok elok” i pun terus block ws dia. Pastu dia mesej biasa dia mintak maaf. Then dia boleh ckp tau “ abg ikhlas tau nk ambik mia jadi isteri, kalau mia tak sudi mia jadi adik angkat abg pun takpe”

Aku lagi la panas. dia hari hari kacau i macam-macam la ajak i tu ajak i ni tau tapi i tak layan and byk lagi ayat dia macam orang bodoh. Mesti korang rasa kenapa tak maki je? I memang nak maki sangat tapi ummi i cakap orang macam ni jangan kasar-kasar, lagi bahaya nanti buat lagi teruk.

Rasa la masa tu tak sedap badan la apa takut la apa semua nak gi kerja (selalu la baca ayat kursi tu semua) Tapi tetap kena kerja lagi sebab tak cukup duit lagi.

Sampai sekarang i ingat satu-satu takut sangat tau!

Then, sampai la i berhenti kerja, beli phone baru and tukar number semua. Baru la hidup. i tenang fuh. Sampai sekarang i ingat satu-satu takut sangat tau! So, girls out there jangan cakap dengan stranger okay! Silap i jugak masa tu cakap sambil tengok mata dia, dah tu nak tengok mana lagi kan.

Apa pun semua ni pengalaman untuk i. Banyak sangat pengalaman i kena peluk bangla la apa la. Malang betul hidup i. Ni bukan rekaan ye! I yang rasa sendiri semua ni and tak pernah cerita dekat orang luar selain family.

I nak pesan la apa-pun sebelum keluar baca ayat kursi semua okay? Inshaallah Allah lindung kita. Stay safe always girls! Sampai sekarang ingat muka laki tu macam mana dan trauma nak keluar sorang! 

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang