Siakap Keli

Semua Video Masakan Sugu Pavithra Di Saluran Youtube Telah Dipadam?

Video-video masakan di saluran Youtube Sugu Pavithra yang menjadi popular ketika PKP didapati telah tiada. Ada kemungkinan dipadam atau disembunyikan (hide) dari tontonan orang ramai.

Mungkin ramai peminat mereka akan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan akaun Youtube yang sudah mencecah 700 ribu subscriber itu?

Mungkin Pavithra atau suaminya Sugu ada sebab mereka bertindak sedemikian. Banyak video masakan dan kenangan mereka bersama tetamu-tetamu yang pernah menziarahi mereka telah dihasilkan dan mendapat  perhatian orang ramai termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Harapnya mereka akan kembali semula dengan video-video masakan yang menarik seperti sebelum ini.

Sumber: Sugu Pavithra

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)