Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sekeping gambar seorang penjual nasi lemak yang menyusun bahan seperti timun, telur dan ikan dengan penuh teliti sehingga menarik perhatian ramai warganet pada Mac lalu.
Rata-ratanya tertarik dengan kegigihan peniaga berkenaan yang menyusun bahan tersebut selain gerai nasi lemak yang kemas dan bersih.
Malah, nasi lemak tersebut turut dipuji kerana dijual dengan harga yang berpatutan walau dalam kuantiti yang banyak.
Tersusun semua, puas hati beli!
Guys tengok tu tersusun semua š. Puas hati beli!!! pic.twitter.com/aNI7nrIqeO
— can i help you? (@HilfaAkmal) March 3, 2020
Namun, menerusi perkongsian terbaharu oleh individu berkenaan, peniaga tersebut yang dikenali sebagai Abang Rino telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini kerana mengalami sakit jantung.
Berita tersebut ternyata mengejutkan ramai netizen. Rata-ratanya dilihat membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan takziah di atas pemergian Abang Rino selain merindui nasi lemaknya.
Sedekahkan Al-fatihah, Abang Rino telah kembali ke rahmatullah
Sedekahkan Al Fatihah, Abang Rino telah kembali ke rahmatullah pagi ni. https://t.co/ABsRhnJkDW
— can i help you? (@HilfaAkmal) July 26, 2020
Arwah sakit jantung
Tak sempat rasa nasi lemak
Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman
Pastinya ramai yang akan merindui legasi nasi lemak arwah. Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Amin!
Sumber: Twitter @HilfaAkmal