Siakap Keli
Foto: Salwani

Ayah Tolong Hias Sekali Sedangkan Dia Tak Tahu Jambangan Duit Itu Anak Hadiahkan Untuknya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perasaan rindu kepada insan tersayang yang sudah tiada pastinya akan lebih rasa sakit. Tetapi, janganlah bawa kesedihan itu untuk orang lain juga. Sebagai anak, kita seharusnya mengembirakan hati orang tua kita. Walaupun hilang seorang tetapi masih ada lagi seorang.

Ya, kalau korang ingat SK pernah memutnaik satu artikel wanita ini kehilangan ibu tercinta yang berjudul ” Dah Tak Boleh Nak Peluk Ma,” Luahan Gadis ini Kenang Pemergian Ibunya Undang Sebak”.

Apalah pergorbanan kita kalau nak dibandingkan dengan jasa seorang ayah sangat besar dalam sesebuah keluarga kerana mereka sanggup bergolok gadai korbankan segalanya untuk kita. Seperti perumpaan ini, tanpa mereka siapalah kita. Kita seharusnya ingat bahawa keredhaan Allah terletak pada mereka.

Baru-baru ini, Salwani di laman Twitternya telah memuatnaik satu foto ayahnya sibuk menyiapkan ‘order’ seseorang padahal sebenarnya, jambak duit itu untuknya daripada anak-anak tercinta.

“Tuan sendiri dok hias ni sebab dok tipu ayah cakap ni orang tempah”

Tak…. Masalahnya sekarang ni bouquet duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance time raya haji ni. Tapi tuan sendiri dok hias ni sebab dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon. Tinggal sorang ni je harta dunia akhirat yang ada.

Salah satu kebahagiaaan dunia bila dapat bahagiakan mak ayah. Mak dah takde. Tinggal yang ni sorang je yang masih lagi boleh dihargai. Semoga panjang umur ayah. Semoga panjang umur.

Tak minta banyak pun. Semoga terus panjang umur ayah. Bagilah masa untuk anak anak terus berbakti.

 

Sumber: Salwani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang