Siakap Keli
Foto: Awie Shuk

Lelaki Ini Berjaya Hilang 38kg Dalam Masa 4 Bulan, Amalkan Suku-Suku Separuh & ‘Skipping’ 500 Kali

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila adanya keazaman untuk turunkan berat badan, tidak mustahil untuk seseorang itu capai target dan berjaya. Tambahan pula, sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan, lagi bertambah dan semangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan lebih tinggi.

Tidak dinafikan, masalah obesiti ini berlaku pada semua orang tidak mengenal usia dan jantina. Hanya untuk seseorang yang cekal hati sahaja dapat mengubah imej tersebut.

Seperti perkongsian daripada seorang lelaki ini, Awie Shuk di laman Facebook berjaya menurunkan berat badan dalam masa 4 bulan dengan berjaya hilang 38 kilogram. Beliau hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dan bersenam skiping sahaja. Mungkin ini boleh menjadi inspirasi kepada golongan yanbg ingin turunkan berat badan mereka.

Untuk pembakar semangat. Saya nak kongsikan perjalanan hasil penurunan berat badan saya .. start Diet Suku-suku Separuh (dsss) 5/1/2020.  Makan ikut portion je tiada cut apa-apa cuma kurangkan je (tak nak stress ye).

Alhamdullilah, sampai dah target normal BMI dari XXL ke M. Berat dahulu 112kg, sekarang 74kg. Tinggi saya 183 cm. Lost (38kg) exercise saya 4 kali seminggu, skipping 500 kali dan saya buat juga plank dalam 1 minit. Doakan saya semoga terus istiqomah.

“Macam-macam orang kutuk dulu”

Macam-macam kutukan orang kerana kita berbadan besar.  Saya ingin jadikan pembakar semangat kepada golongan yang berbadan besar yang sedang berjuang untuk turunkan berat badan.

Kena disiplin insyaallah turun. Makan ikut portion suku protein, suku karbo, separuh sayur. Kalau makan kat luar/makan kenduri/apa-apa majlis saya tetap mengamalkan makan ikut portion suku suku separuh.

Selalunya saya masak sendiri di rumah boleh kawal pengambilan gula dan garam.

Senaman harian

Exercise harian saya pada waktu malam pukul 9.00 malam skipping 50 kali sebanyak 10set, 500 kali rest 10-20 saat (warm up dahulu). Plank dalam 1 minit. Mungkin sebab skipping cepat berat turun.

Makan 1 hari 5 kali

Potong gula ataupun kurang manis, kurangkan makanan ,masin,berminyak stop fast food.

Breakfast 7-8 pagi

  • Roti wholemeal 2 keping/roti wrap sekeping
  • Isi ayam/telur/tuna
  • Sayur lebihkan  

Snack 10 pagi

  • Buah/kacang

Lunch 1-2 tengah hari

  • Nasi suku pinggan atau 2 senduk rata atau sukat besar penumbuk sendiri
  • Lauk isi ayam/ikan/lauk lain pon boleh suku pinggan
  • Elakkan kuah pada lauk atau kurang kan pengambilan kuah kerana banyak kandungan gula dan garam atau perasa tambahan.
  • Sayur separuh pinggan.

Snack 4 petang

  • Kacang/buah

Dinner 7-8 malam

  • Rolled oat
  • Pisang buah lain pon boleh
  • Susu lowfat ducth lady 1 kotak kecil atau susu krim lowfat

Ini adalah makanan sepanjang perjalanan untuk turunkan berat badan …

Contoh makanan yang di beli

Jangan takut untuk makan nasi …

Kalau rasa lapar minum air mineral biasa atau sejuk atau lebih kenyang hanya makan buah-buahan. Diet biarlah seimbang. Selalunya ramai yang diet tahan lapar ataupun tak makan nasi. Jangan takut untuk makan nasi, kesannya akan makan 2 kali ganda dan naik berat badan semula, yang penting makan ikut portion.

 

Sumber: Awie Shuk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang