Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 13 Kes Baharu Termasuk 10 Kes Tempatan & Satu Kematian Dicatatkan Hari Ini

Sebanyak 13  kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,897 kes setakat Ahad (26 Julai 2020).

Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 173 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada 13 kes baharu dilaporkan, tiga kes adalah kes import manakala, 10 kes merupakan penularan tempatan.

Selain itu, dua kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat satu pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 di negara ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 124 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.