Anak Kecil Anda Seorang Yang Empati? Ajar 5 Tips Ini Supaya Sifat Sifat Penyayang Jadi Makin Kuat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Memiliki anak kecil yang ada sifat simpati dan empati dalam diri adalah satu anugerah terindah buat pasangan ibu bapa.
Ini kerana sifat sedemikian boleh menjadikan anak kecil itu menjadi seorang yang penuh nilai kemanusiaan, bertanggungjawab, tinggi ‘common sense’ dan sebagainya.

Jadi, jika anda sebagai ibu ayah yang ada ‘anugerah’ ini, apa yang patut anda lakukan supaya sifat empati itu kekal seiringan dalam jiwa mereka sehingga meningkat dewasa kelak?

Persoalan ini dijawab dan dibahaskan oleh pegawai perubatan pediatrik, Dr. Redza Zainol menerusi satu hantaran di Facebooknya baru-baru ini.

Mari baca perkongsiannya di bawah ini.

Gambar: Dr. Redza Zainol

Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?

Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).

Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu:

  • Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
  • Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
  • Dia sayang pada binatang.
  • Dia suka puji orang lain.
  • Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).

Bila dah nampak anak kita dah mula ada ciri kanak-kanak penyayang ni, sebaiknya buat lima (5) benda ni supaya sifat penyayang tu jadi makin kuat dengan cepat:

  1. Beri contoh teladan yang baik. Bila mak ayah bercakap yang baik dan hormat pada semua orang, anak kita sedang memerhati.
  2. Ajar anak tentang berkhidmat untuk orang lain. Contohnya: Menderma, volunteer untuk berkhidmat pada orang yang memerlukan.
  3. Ajar anak tentang Self Care. Kita hanya boleh berikan benda yang kita ada pada orang lain. Kalau anak sayang pada diri sendiri, barulah dia boleh sebarkan rasa sayang tu pada orang lain pula.
  4. Puji secara spesifik. Bila anak berbuat baik, terus puji anak. Fokuskan pujian tu pada emosi gembira anak bila dia buat perkara yang baik. Contoh: Mama suka kakak kongsi permainan ni dengan budak perempuan tu. Seronokkan bila dapat main sama-sama. Esok kita datang, bolehlah main sama-sama lagi.
  5. Biarkan anak (termasuk anak lelaki) tolong kita di rumah. Contohnya: sapu lantai, masukkan baju dalam mesin basuh, kemas permainan sendiri, susun pinggan dan cawan atas meja dan sebagainya.

Jom #sebarkan ilmu ni pada pasangan dan mak ayah yang lain juga.

Jemput follow FB Redza Zainol supaya tak terlepas info kekeluargaan dan kesihatan kanak-kanak menarik secara percuma di wall saya.

Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak…

Posted by Redza Zainol on Sunday, July 26, 2020

Sumber: Dr. Redza Zainol

Denin

Menulis untuk mendidik.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen