Siakap Keli
Gambar: DBKL

DBKL Kecewa, Ibu Bapa Didawak Bawa Anak Main Di Taman Permaianan Walau Notis Penutupan Sudah Ditampal

PUTRAJAYA, 27 Julai – ‘Bapak borek anak rintik’. Itulah perumpaan paling tepat ditujukan buat segelintir ibu bapa yang mengajar anak-anak melanggar undang-undang.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecewa terhadap sebilangan ibu bapa yang didakwa menceroboh sebuah taman tema di ibu kota yang ditutup bagi mencegah penularan COVID-19.

“Notis Penutupan telah dipaparkan tetapi anda sengaja mengingkarinya..Anda tak kasihan apa yang akan menimpa kepada anak-anak anda..Mungkinkah ini kali terakhir anda akan menatap wajah anak-anak anda?

“Kami buka taman ini untuk anda beristirehat setelah anda lelah bekerja, bukan untuk anda menjadi mangsa.

“Bantu kami untuk kita mengakhiri pandemik ini. Kawal anak-anak anda..mereka tidak mengerti,” jelas kenyataan tersebut, semalam.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik, rata-rata mereka yang berada di sana dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM), seperti memakai topeng pelitup muka di tempat awam.

Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan awam berikutan kes harian jangkitan COVID-19 didapati kembali ke dua angka dan semakin meningkat.

Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada semalam, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan semula sekiranya kes harian yang dicatatkan kembali mencecah tiga angka.

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.