Siakap Keli
Gambar: BBC

Diuji Negatif COVID-19, Aishwarya Rai Dan Anak Kini Discaj Dari Hospital

Pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya Bachchan telah discaj dari hospital selepas diuji negatif Covid-19, lapor Indianexpress.

Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Abhishek Bachchan melalui laman Twitter miliknya.

Terima kasih semua untuk ucapan dan doa anda yang berterusan. 

Aishwarya dan Aaradhya telah diuji negatif dan telah discaj dari hospital. Mereka sekarang akan berada di rumah. Saya dan ayah masih tinggal di hospital di bawah jagaan kakitangan perubatan.

Abhishek juga berkata bahawa dia dan ayahnya, Amitabh Bachchan masih lagi dalam proses pemulihan dari penyakit tersebut di Hospital Nanavati.

Sebelum ini, Abhishek dan Amitabh telah diuji positif Covid-19 pada 11 Julai serta diikuti oleh Aishwarya dan Aaradhya sehari selepas itu.

Sumber: The Indian Express

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa