Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: SOP Aidil Adha, Hanya 20 Orang Tetamu Dibenarkan Di Rumah Dalam Satu-satu Masa

Putrajaya, 27 Julai – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri meletakkan had bagi jumlah tetamu boleh ada di rumah ketika perayaan Aidil Adha ini.

Katanya, jamuan hari raya boleh diadakan di rumah, namun perlu terhad kepada 20 orang pada satu masa.

“Untuk jamuan di rumah, tidak boleh melebihi 20 tetamu pada satu-satu masa.

“Bagi individu yang menjalani kuarantin di rumah, dilarang sama sekali keluar rumah, apatah lagi balik kampung, tunaikan solat sunat Aidil Adha dan tidak boleh menerima tetamu di rumah mereka.

“Jika individu memakai gelang kuarantin melanggar peraturan, orang ramai boleh melaporkan kepada pihak polis serta merta,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis akan memantau aktiviti perayaan melibatkan kenduri kendara dan tempat-tempat sembelihan sepanjang perayaan.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.