Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Tiada Kes Kematian Dan Hanya 7 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 7 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (27 Julai 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,601 kes secara keseluruhannya.

7 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,904.

Menurut KKM, kes jumlah kes yang dicatatkan hari ini juga merupakan jumlah kes baharu terendah sejak 18 Julai 2020.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula dilaporkan hanya tinggal sebanyak 179 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini pula terdiri daripada 4 kes import manakala 3 lagi adalah kes tempatan.

KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada kes yang dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan alat bantuan pernafasan pada hari ini.

Dalam pada itu juga, KKM sukacita untuk memaklumkan tiada kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19. Justeru, jumlah kematian yang melibatkan COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 124 atau bersamaan dengan 1.39% secara keseluruhan.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa