Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan Sujud Di Tengah Padang Pasir, Dipercayai Hilang Ketika Keluar Cari Kayu Api

Seorang lelaki warganegara Arab Saudi ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud di satu kawasan gurun padang pasir, baru-baru ini.

Lelaki berkenaan, Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen, 40, meninggalkan rumahnya pada Khamis lalu di Wadi Al-Dawasir, wilayah Riyadh dipercayai keluar untuk mencari bekalan kayu api.

Contoh pokok di padang pasir. Foto: plantdiversityofsaudiarabia

Bagaimanapun, beliau dilaporkan hilang tanpa sebarang maklumat sebelum mayatnya ditemui pihak polis dalam satu operasi pencarian pada tiga hari berikutnya.

Mengikut laporan tempatan, pasukan penyelamat turut menemui sebuah kereta yang penuh dengan kayu api terletak tidak jauh dari situ, dipercayai kepunyaan lelaki tersebut.

Difahamkan, kayu api yang dikumpul itu mungkin untuk kegunaan ahli keluarganya di rumah.

Sehubungan itu, beberapa rakaman video dan gambar mengenai situasi tersebut mula tular di media sosial.

Penemuan tragis tersebut mendatangkan rasa terkejut dan simpati oleh netizen.

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.