Siakap Keli
Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

(Video) ‘Rumah 99 Pintu’ Di Pulau Pinang Terbakar

PUTRAJAYA, 27 Julai – Sebuah rumah banglo kosong atau dikenali sebagai ‘Rumah 99 Pintu’ di Ladang Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang terbakar dalam satu kejadian petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kira-kira 70 peratus bahagian bangunan tersebut musnah dijilat api.

Difahamkan, operasi pemadaman masih dijalankan setakat semalam, digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan BBP Sungai Bakap, selain turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela.

Selain itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.