Siakap Keli
Kredit: Google

Menangis Tengok Isteri Tahan Sakit Nak Bersalin, Suami Luah Rasa Kesal Pernah Bergurau Nak Kahwin Lain

Gurauan ‘ingin tambah satu lagi’ bagai perkara biasa dalam kalangan sesetengah suami.

Malah, ia turut dijadikan topik ‘berperisa’ dalam perbualan sesetengah kaum suami bersama rakan mereka.

Baru-baru ini, seorang pendakwah yang dikenali dengan nama Ustaz Tido berkongsi kisah rakannya yang kini kesal dengan gurauan itu selepas 8 jam menemani isterinya bertarung nyawa melahirkan anak di dalam dewan bersalin.

Berikut adalah perkongsian beliau.

Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya tentang gurau bab poligami dengan isteri. Baru-baru ni beliau baru je dapat cahaya mata. Comel anak dia. Lepas habis program di Pasir Gudang, lepas solat semua ajak beliau makan di asam pedas power Johor dan kami bersembang.

Dia kata “Lil.. Lain kan dah ada anak dengan tak ada anak lagi. Allahu.. Lil.. Aku bersama dengan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar. Isteri aku kata,

“Abang apa-apa berlaku kejap lagi, biar anak selamat. Apa-apa berlaku pada saya takpe..”

“Aku nangis Lil. Aku tengok dari mula sampai akhir bini aku bersalin. Aku rasa ya Allah payahnya laa. Aku terus teringat kat mak aku Lil. Aku lahir dulu besar 4kg lebih. Lagi teruk mak aku lahirkan aku dulu..”

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

“Masa kami berdua je.. Aku selalu bergurau dengan isteri aku nak kahwin dua. Biar awak senang sikit. Saya kawin dua awak ada kawan. Masa tu orang rumah aku marah. Merajuk. Aku tak faham. Lepas aku tengok dia bersalin aku dah tak nak sebut benda-benda kahwin dua ni Lil. Kesian kat bini aku.”

Allahu.. Saya terfikir. Ramainya suami-suami hari ni jadikan itu sebut nak kahwin dua. Nak kawin seorang lagi jadi bahan gurauan. Tapi langsung tak tahu, sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.

Nampak macam tak ada apa-apa. Dia cubit kita, merajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila-bila gurauan kita tu.

Kadang-kadang gurauan benda macam ni buatkan isteri kita hilang hormat pada kita. Sebab buat benda-benda macam ni gurauan. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa.

Saya kalau timbul perbincangan tentang kahwin dua dan sebagainya depan saya dan isteri, saya terus kata “Saya tak ada masa nak fikir pasal ni. Kerja saya banyak. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya.”

Saya nak ajak suami-suami, kawan-kawan saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara’ tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurauan.

Kita bergurau la lepas ni dengan isteri kita perkara lain. Main angkat-angkat dia ke, main lari-lari ke, main nyorok-nyorok ke.. Yang buat dia boleh gembira dengan kita.

Jangan sesekali kita jadikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak-anak kita.

Kita jaga perasaan orang rumah kita macam mana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

YaAllah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semua. Kami tak perasan perkara-perkara kecil ni.

Saya pernah dengar, bila isteri lepas bersalin, kita kena banyak puji isteri kita. Cakap “Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong saya, Terima kasih. Saya dapat rasakan yang awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan karier saya.”

Sekali sekala puji isteri kita depan mak ayah dia. Mak ayah dia pun suka, isteri kita pun suka.

Tapi malangnya hari ni kita sebagai suami jarang sangat. Berat sangat mulut nak puji isteri kita yang banyak korban untuk kita.

Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita. Dia yang tanggung perit semua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami tak pndai jadi suami yang terbaik. -UstazTido

Share pada suami, menantu, dan tunang kita insyaAllah.. moga beri kesedaran buat saya sendiri

Program Motivasi Personal 1 to 1 special untuk anak anda yang bermasalah, Program Motivasi di Sekolah Seluruh Malaysia dan Ceramah Kakitangan Pekerja boleh whatsapp Ustaz Tido 0137791637

Sumber: Ustaz Tido

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.