Siakap Keli
Gambar: Bernama

Presiden Indonesia Beri Amaran Kemungkinan Gelombang Kedua COVID-19

JAKARTA, 28 Julai — Presiden Indonesia Joko Widodo memberi amaran kepada orang ramai pada Selasa kemungkinan berlaku gelombang kedua jangkitan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Amaran itu muncul ketika peningkatan pandemik di beberapa negara asing setelah perintah kawalan pergerakan dilonggarkan dan  pembukaan semula aktiviti perniagaan.

Jokowi meminta pihak berkuasa sentiasa bersedia dan meningkatkan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi ancaman tersebut.

“Kita perlu sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan gelombang kedua dan menjangkakannya,” kata Jokowi pada mesyuarat kabinet.

Amaran itu disampaikan selepas beliau membentangkan prospek pertumbuhan ekonomi negara yang meyakinkan dengan unjuran 5.4 peratus tahun depan seperti yang dijangkakan Tabung Kewangan Antarabangsa.

“Saya fikir ini adalah unjuran pertumbuhan yang tinggi, dan sekiranya ini berlaku, ia menunjukkan  ekonomi kita akan bergerak pada kadar terpantas di antara pengembangan ekonomi global,” katanya.

Indonesia baru-baru ini melonggarkan perintah kawalan pergerakan bagi merancakkan kembali perniagaan dan pembukaan semula aktiviti  pelancongan di bawah protokol kesihatan yang ketat.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa