Siakap Keli

(Video) Viral Pemuda Usung Uncang Makanan Bagi Anjing Liar Makan, Netizen Doakan Abang Ni Dimurahkan Rezeki

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memberi makanan kepada haiwan jalanan adalah satu sikap terpuji yang harus ada pada setiap individu.

Bukan sahaja diyakini akan diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT, malah turut didoakan haiwan jalanan tersebut kerana masih wujud insan berhati mulia yang sudi menyantuninya hatta dengan sekeping roti.

Biasanya yang kita baca di media sosial, ramai individu yang selalu beri makanan kepada kucing, sama ada di kedai makan, di tepi jalan, pasar dan sebagainya.

Namun bukan semua orang sanggup beri makan kepada anjing jalanan, mungkin kerana faktor perbatasan agama, mahupun keadaan anjing itu sendiri (ganas).

Tetapi, itu bukan menjadi penghalang buat individu bernama Ammy dalam perkongsian rakaman video oleh Wany Rafi di Facebooknya ini.

Dalam rakaman tersebut, Ammy kelihatan mesra dengan seekor anjing jalanan yang bernama Chatam, memberinya makan, malah diajak ‘bergurau’ lagi.

Mari tonton video di bawah ini.

Chataammmm!! Hahahhaa tahu je dia orang panggil nama dia 😍😍

Jangan risau dia hanya diberi makan. Tak sentuh pun. Tapi dia memang bijak. Kenal moto, kereta Ammy. Yang paling penting dia kenal Ammy hahahha 🙈

Netizen pun terharu

Rata-rata netizen amat terharu dengan sikap prihatin yang ditonjolkan mereka.

Menariknya, terdapat juga netizen daripada pelbagai bangsa dan bukan beragama Islam turut menzahirkan rasa penghargaan kepada mereka.

Sumber: Wany Rafi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'