Siakap Keli

(Video) Warganet Luah Rasa Gembira, Sugu Pavithra Kembali Di Youtube Dengan Resipi Dalca Tulang Kambing

Beberapa hari lalu, halaman Youtube Sugu Pavithra dilihat kosong kerana didakwa telah pun dipadam. Walau bagaimanapun, menurut laporan media tempatan, laman Sugu Pavithra dikatakan akan membuat kemunculan semula di saluran Youtube miliknya itu.

Beberapa jam yang lalu,  Sugu Pavithra kembali di laman Youtube dengan satu resepi masakan terbaru. Kemunculan semula video resipi masakan di channel Sugu Pavithra telah disambut baik oleh warganet.

Video yang sehingga kini mendapat sebanyak 68, 356 tontonan itu menyaksikan Pavithra menyediakan dalca tulang kambing yang dilihat sangat menyelerakan.

Kembali dengan wajah yang ceria, perkembangan itu ternyata disambut baik oleh warganet yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan gembira dengan kemunculan semula Youtuber tersebut.

Sumber: Youtube Sugu Pavithra

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa