Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Aidiladha: Dua Juta Kenderaan Dijangka Bergerak Hari Ini Sehingga Ahad – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pergerakan kira-kira dua juta kenderaan mulai hari ini sehingga Ahad ini sempena Hari Raya Aidiladha, Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata susulan itu, seramai 1,450 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas di seluruh  negara dalam Op Lancar sepanjang tempoh empat hari berkenaan.

Beliau berkata pegawai dan anggota polis akan ditempatkan untuk memantau aliran trafik di kawasan “hot spot’ dan lebuh raya yang dikenal pasti akan mengalami kesesakan.

Mengulas mengenai aliran trafik di lebuh raya, Azisman berkata aliran trafik bergerak perlahan menuju pantai timur di Plaza Tol Gombak pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Terdapat kesesakan berlaku kira-kira enam kilometer di sepanjang jalan berkenaan. Saya ingin menasihatkan kepada semua yang memandu supaya bersabar dan berhati-hati,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiada sekatan perjalanan dan orang ramai boleh pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.