Siakap Keli

China Catat 101 Kes Positif Baru, Angka Paling Tinggi Sejak Tiga Bulan Lalu

Kerajaan Chian melaporkan bahawa negara tersebut berlaku pertambahan kes positif baharu sebanyak 101 setakat 28 Julai 2020. Jumlah ini merupakan angka yang paling tertinggi sejak tiga bulan yang lalu.

Seperti yang kita dapat lihat bahawa seluruh dunia sedang menghadapi pasang surut dan aliran jangkitan ovid-19. Kerajaan China telah bertindak dengan pantas untuk memutuskan jangkitan wabak ini dan telah menutup beberapa daerah yang terjejas.

Baru-baru ini, menurut Suruhjaya Kesihatan Nasional berkata jangkitan baru datang dari wilayah Barat Xinjiang dengan jumlah 89 kes telah dilaporkan pada 28 Julai. Satu kes di Beijing sementara tiga lagi merupakan kes import.

Kerajaan negara ini juga melaporkan 27 pesakit tanpa gejala adalah kes baru pada 28 Julai, angka tersebut menurun dari 34 hari sebelumnya.

Sehingga hari Selasa, Suruhanjaya Kesihatan China mengesahkan sebanyak 84, 060 kes Covid-19. Angka kematian Covid-19 kekal pada 4,634 kes.

 

Sumber: Japantimes

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang