Siakap Keli

Dipercayai Ada Paket Minyak Di Tengah Jalan Hingga Jadi Punca ‘Fork’ Motosikal Ini Terpatah

Sebuah motosikal kemalangan di sebuah lebuh raya dan penunggang dipercayai cedera parah.. Kemalangan yang mengakibatkan ‘fork’ hadapan sebuah motosikal terpatah selepas dipercayai tergelincir kerana jalan licin akibat paket minyak masak yang ada di tengah jalan..

Menerusi kiriman daripada Mohd Redzuan melalui laman Twitternya, seorang penunggang motosikal dilaporkan cedera parah selepas kenderaannya terbabas. Apa yang menjadi tanda tanya, beberapa bungkusan minyak berada di tepi lebuhraya tersebut. Mungkin sengaja dicampak atau terjatuh dari lori?

“Sengaja dicampak atau terjatuh dari lori?”

 

Apa yang anda boleh lihat, keadaan motosikal mangsa yang terputus dua serta keadaan ini akan memberi kesan kepada penunggang motosikal yang lain. Berhati-hati di jalan raya terutama sekali ketika pulang ke kampung

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang