Siakap Keli

Kerajaan Setuju Laksanakan Lanjutan Moratorium & Bantuan Bank Bersasar Kepada Yang Lebih Memerlukan

Aktiviti ekonomi dilihat semakin lancar. Jumlah peminjam yang tidak mengambil sebarang pinjaman juga meningkat. Sejak 1 April yang lalu, moratorium pembayaran telah sedikit sebanyak membantu rakyat dan perniagaan ekoran hampir semua sektor ekonomi terhenti sewaktu memerangi wabak Covid-19.

Hal ini telah membuatkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada golongan yang lebih memerlukan. Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyddin Yassin dalam satu sidang media pada hari ini.

Jelasnya lagi, golongan yang akan diberi fokus antaranya invididu yang kehilangan pekerjaan  dan masih belum mendapat pekerjaan baharu mereka akan diberi lanjutan bersasar selama tiga bulan. Malah tempoh moratorium tersebut bolerh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

Selain itu, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji terjejas atau berkurang akibat Covid-19.  Bayaran nasuran akan dikurangkan selaras dengan pengurangan gaji bergantung pada jenis pinjaman. Sebagai contoh, bagi pinjaman perumahan atau peribadi, bayaran pinjaman akan dikurangkan dengan kadar yang sama dengan pengurang gaji.

Beliau juga menjelaskan bahawa bank-bank akan memberikan komitmen untuk membantu individu yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Diharapkan dengan pengumuman ini, masyarakat boleh menarik nafas lega sementara kerajaan dan pihak industri berusaha untuk memulihkan semula ekonomi negara.

 

Sumber: Bernama Sidang Media PM

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang