Siakap Keli

“Lagi Pendek Senarai Ingredient Lagi…”, Nutritionist Kongsi 5 Tips Penting Kena Tahu Sebelum Beli Produk Makanan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memang tak dapat dinafikan, kesihatan adalah salah satu nikmat dari Tuhan  yang sangat-sangat penting. Tanpa kesihatan yang baik, kita mungkin tidak dapat menjalani kehidupan yang semuprna.

Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan, salah satunya adalah dengan mengamalkan pemakanan yang baik.

Macam mana nak amalkan amalan pemakanan yang baik? Jom baca perkongsian daripada nutritionist, Syaza Nutritionist dibawah.

5 TIPS PENTING BILA BELI PRODUK MAKANAN.

Sama ada produk makanan atau pun supplement, kita kena tahu baca label makanan agar tak mudah ‘tertipu’.

TIPS 1

Contohnya claim produk tu mengandungi collagen, tapi bila check label ingredient, perkataan collagen tu di akhir sekali. Maksudnya, collagen lah bahan yang paling sikit dalam supplement tu.

TIPS 2

Kalau claim produk tu ada Vitamin C, tapi dia tak tulis pun berapa mg. Maknanya jumlah Vitamin C yang ada dalam tu sangat lah sedikit sampai tak boleh ukur berapa mg.

TIPS 3

Perkataan yang mula-mula sekali ditulis dalam ingredient/ramuan/bahan-bahan adalah bahan yang paling banyak terdapat dalam produk tu. Kalau gula yang paling awal, maknanya gula lah yang paling banyak.

TIPS 4

Lagi pendek senarai ingredient atau bahan kandungan tu lagi baik kerana menunjukkan tak banyak bahan-bahan tambahan seperti pengawet, pewarna dan perisa tiruan.

TIPS 5

Macam mana nak buat perbandingan antara jenama atau jenis mana yang lebih baik?

– Lihat pada “Maklumat Pemakanan”/”Nutrition Information”.

– Bandingkan pada “Setiap 100g” atau “Per 100g”, bukan pada “Setiap Hidangan” atau “Per Serving”.

– Bandingkan jumlah Total Sugar, Total Fat, Trans Fat, Saturated Fat, Sodium. Yang paling RENDAH adalah yang paling BAIK.

– Bandingkan pula jumlah Fiber, Protein, semua Vitamin, Calcium, Iron. Yang paling TINGGI adalah yang paling baik.

Jom jadi pengguna yang bijak.

Semoga bermanfaat.

**Follow untuk tips diet dan pemakanan.

Sumber: Syaza Nutrtionist

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.