Siakap Keli

LLM Lapor Trafik Bergerak Perlahan Di Susur Keluar Plaza Tol Kuala Terengganu

Ketika ini orang ramai telah mulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba pada 31 Julai 2020 ini.

Berdasarkan laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menunjukkan trafik bergerak perlahan di susur keluar plaza tol Kuala Terengganu. Jalan ke arah Pantai Timur sudah pasti menjadi tumpuan seperti hari-hari perayaan yang lain.

Berhati-hati ketika memandu di lebuhraya dan amalkan SOP ketika berhenti rehat di mana-mana kawasan Rehat dan Rawat. LLM juga ada mengeluarkan jadual cadangan perjalanan ke arah pantai timur.

Sumber: LLM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)