Siakap Keli

Peserta Perhimpunan Adalah Orang Yang Berisiko, Buat Saringan Jika Bergejala – PHM

Semalam, Datuk Dr Noor Hisham luah rasa sedih selepas melihat orang ramai berkumpul di hadapan Mahkamah Kuala Lumpur dalam keadaan negara masih lagi berperang dengan Covid-19.

Public Health Malaysia iaitu Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) bidang kesihatan dalam satu kiriman di laman Facebook berpendapat peserta perhimpunan adalah orang yang berisiko.

Public Health juga menasihati jika peserta-peserta yang terlibat bergejala untuk segera melakukan saringan. Amalkan penjarakan sosial di tempat awam.

Selain itu, pakai pelitup muka dan tidak meninggikan risikokan orang terdekat.

Peserta perhimpunan adalah orang yang berisiko.

Sedih.

Memang ramai yang panas hati. Dr Hisham telah menasihatkan setiap hari tanpa jemu, seperti seorang ketua keluarga yang menasihati keluarganya. Ada saja yang tidak dengar.

Panas hati si ayah melihat kedegilan mereka. Perkara telah terjadi. Namun apa pun berlaku, mereka tetap ahli keluarga kita. Warganegara kita. Ketepikan pandangan politik seketika.

Kami membelek gambar gambar peserta perhimpunan. Banyak juga warga emas, persis ibu bapa kita. Kepada ahli keluarga yang terlibat, lihat-lihatlah kesihatan keluarga kita. Jika mereka bergejala, segera ke klinik kesihatan untuk saringan kesihatan.

Mari kita bersatu rakyat Malaysia. Kita masih berperang. Musuh kita, COVID-19, hanya menunggu masa untuk kita rapuh. Jangan gadaikan benteng yang telah kita bina.

Sumber: Public Health Malaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)