Siakap Keli

Samakah Hijrah Rasulullah Dengan Pelarian? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri

Peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W merupakan salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah Islam. Hal ini kerana ia merupakan titik tolak penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Kisah penghijrahan baginda turut dilakarkan dan diceritakan semula di dalam Al-Quran dan hadith.

Salah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Ibn Abbas RA mengatakan:

بُعِثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَرْبَعِينَ سَنَةً، فَمَكُثَ بِمَكَّةَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ سَنَةً يُوحَى إِلَيْهِ، ثُمَّ أُمِرَ بِالهِجْرَةِ فَهَاجَرَ عَشْرَ سِنِينَ، وَمَاتَ وَهُوَ ابْنُ ثَلاَثٍ وَسِتِّينَ

Maksudnya: “Nabi SAW dilantik menjadi rasul pada usia 40 tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dalam menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah. Maka baginda SAW berhijrah dan menetap di sana selama 10 tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun.”

[Riwayat al-Bukhari (3902)]

Hari ini, sebahagian pihak menyamakan hijrah Rasulullah S.A.W dengan pelarian yang melarikan diri ke negara lain. Benarkan Rasulullah S.A.W sama dengan pelarian? Berikut adalah jawapan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Saya teringat dalam satu kitab fiqh sirah yang dikaryakan oleh guru kami, Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti, bilamana beliau mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah tatkala hijrah ke Kota Madinah, bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri tetapi atas perintah dan tuntutan Allah SWT.

“Dan istilah hijrah itu sendiri berbeza sangat berbanding yang lain,” katanya ketika sesi soal jawab di dewan rakyat semalam.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.