Salah satu masalah apabila menggunakan kusyen fabrik bagi kenderaan ialah timbulnya kesan comot selepas terkena tumpahan air mahupun hujan.
Ia pastinya akan menjejaskan kosmetik kenderaan anda di samping boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
Anda boleh atasi masalah ini dengan menghantar kenderaan ke salun kereta namun ia mungkin memerlukan kos puluhan hingga ratusan ringgit.
Inisiatif yang lebih murah adalah dengan mengikuti tips dikongsikan Puan Farizah Mohamed ini. Kos diperlukan hanya sekitar RM6 sahaja. Jom baca.
Nak kongsi benda best untuk cuci kusyen kereta. Takde la berpeta atau berdebu lagi.
Boleh untuk karpet, sofa dan tilam jugak.
Nak hantar cuci kat kedai mahal kan? Jom buat sendiri. Murah je beli kat MR DIY sekitar RM6 je. Memang puas hati.
(Boleh juga dibeli di Shopee dan LAZADA)
Saya ajar macam mana nak cuci bagi bersih ya.
Ada 2 jenis pencuci busa ni. Yang saya beli ni RM 6.75 warna merah tu. Yang lagi satu tu kotoran degil RM15.25 mungkin lagi best. Boleh cuba. Saya beli yang RM6+ ni siap dengan berus sekali.


Langkah-langkah
1) Vakum dulu kusyen kereta tu, jadi habuk atau debu tak kacau nanti.
2) Lepastu ambil tin pencuci busa ni dan goncang-goncang dulu, jarak lebih kurang 10 cm dari kusyen tu sembur je. Banyak pun takpe, nanti keluar buih-buih putih. Kena goncang dulu tau.

3) Lepastu guna berus dia bagi tu untuk gosok bagi rata dan supaya meresap dalam kusyen tu.

4) Tunggu dalam 2-3 minit biar dia meresap lepastu boleh berus lagi pakai berus atau lagi best ambil kain basah dan tonyoh-tonyoh.

5) Lepastu kalau tak puas hati spray la lagi. Kesan kotoran yang dah lama kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering.
6) Tadaa~ bersih dah. Jimat pun jimat.

Baca dulu ya jenis fabrik apa yang sesuai. Selamat mencuba.
Sumber: Farizah Mohamed