Siakap Keli
Gambar Via Google

Wanita Baru Ketahui Dirinya Hidap Kanser Mata Selepas Tak Sengaja Tersembur ‘Perfume’ Ke Wajah

Seorang wanita terkejut setelah mengetahui bahawa dirinya menghidap kanser selepas  menyemburkan minyak wangi  di matanya secara tidak sengaja, lapor Mirror.

Wanita berusia 56 tahun itu pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan selepas dia telah menyemburkan minyak wangi di mukanya sehingga menyebabkan penglihatannya kurang jelas pada sebelah matanya.

Doktor kemudiannya merujuk wanita itu ke Hospital St Paul’s Eye di Liverpool. Di situ, doktor memaklumkan kepadanya bahawa dia menghidap Ocular Melanoma yang merupakan salah satu jenis kanser mata yang paling biasa berlaku.

Namun, perlu ditegaskan bahawa minyak wangi tersebut bukanlah penyebab kanser. Sebaliknya, ia menjadi petunjuk kepada doktor untuk memeriksa mata wanita itu dengan lebih dekat sehingga kanser tersebut dapat dikesan.

“Professor di Hospital St Paul’s mendiagnosis kanser saya dan mata saya telah dikeluarkan.

“Saya kemudian diberitahu tidak memerlukan rawatan lebih lanjut pada ketika itu,” kata wanita itu.

Tidak hanya itu, wanita tersebut juga pernah menjalani pembedahan akibat kanser hati yang dialaminya pada 2019.

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa