Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Warga Emas Bertindak Berani Kejar Dan ‘Hayun’ Helmet Terhadap Individu Dipercayai Peragut

Jangan dipandang sebelah mata, seorang warga emas mendapat perhatian setelah melawan seorang pencuri yang cuba untuk mencuri telefon bimbit ketika berada di luar rumahnya, lapor Daily Mail.

Kejadian yang berlaku di Colombia pada Ahad lalu itu menyaksikan dua orang suspek yang menaiki motosikal menuju ke kediaman yang terletak di jabatan Santander.

Wanita warga emas itu pula dilihat sedang berehat dia atas kerusi dan sedang melayari telefon pintarnya ketika salah seorang suspek mendekatinya serta cuba untuk menyamun peranti tersebut.

Tanpa disangka, warga emas yang berani itu bertindak balas dengan merampas topi keledar suspek dan kemudian mengayunkan topi itu ke arah suspek yang terus melarikan diri.

Seorang lelaki juga dapat dilihat sedang duduk di atas kerusi namun tidak bergerak sedikitpun untuk menghalang kejadian tersebut.

Tiada sebarang tangkapan dilaporkan setakat hari Selasa.

Sumber: Daily Mail

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.