Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Kedah Dan Empat Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsiannya di Facebook memaparkan bahawa terdapat lima negeri yang mencatatkan pertambahan kes COVID-19 baharu setakat 30 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, negeri yang mencatatkan kes COVID-19 baharu pada hari ini ialah Kedah, Selangor, Johor, Sabah, dan W.P Kuala Lumpur.

Menerusi data bilangan kes COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang dikeluarkan, Sabah mencatatkan jumlah kes yang paling banyak pada hari ini, iaitu sebanyak 4 kes, manakala Kedah, Selangor, Johor dan WP Kuala Lumpur pula masing-masing dengan 1 kes. Oleh itu, jumlah kes positif yang dicatatkan pada hari ini adalah berjumlah sebanyak 8 kes.

Kesemua 8 kes positif COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,964 secara keseluruhannya.

Daripada 8 kes positif yang dilaporkan itu, 3 daripadanya adalah merupakan kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara. 2 Daripada kes import itu merupakan warganegara manakala seorang lagi merupakan bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Baki lima lagi kes yang dicatatkan pada hari ini adalah penularan dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan kekal mematuhi pada SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus maut ini kerana kita masih belum menang lagi.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa