Siakap Keli

Dakwa Dapat Majoriti Mudah, Musa Aman Dijangka Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Hari Ini

Petang semalam politik negara dikejutkan dengan satu pengumuman daripada Tan Sri Musa Aman yang mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu menggantikan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Memetik laporan Bernama pagi ini, Musa Aman dijangka akan tiba di Istana Negeri pada jam 10 pagi ini untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dan membentuk kerajaan baharu di negeri ini.

Dalam laporan yang sama, kelihatan kenderaan yang membawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal memasuki pintu gerbang Istana Negeri Sabah bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)