Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Dakwa Diterkam Singa Ketika Di Dalam Khemah, Pasangan Dilapor Hendak Saman Syarikat Yang Atur Percutian Mereka

Sepasang suami isteri dilaporkan telah menyaman sebuah syarikat Britain yang mengatur percutian mereka setelah diserang oleh seekor singa yang merayap masuk ke dalam khemah mereka ketika berada di sebuah safari mewah, lapor Daily Mail.

Haiwan ganas itu dipercayai telah merobek bahagian lengan kiri si suami dalam kejadian yang mengerikan yang berlaku di Taman Negara Ruaha di Tanzania.

“Saya tidak akan melupakan detik-detik apabila saya bangun dan melihat singa berada di situ.

“Saya fikir kami berdua akan mati. Serangan tersebut akan saya ingati seumur hidup saya,” kata si isteri.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada Ogos 2015, pasangan itu menyangka bahawa mereka pastinya akan selamat di dalam khemah namun mereka dikejutkan dengan kehadiran singa tersebut.

“Tiada yang mampu mengubah apa yang telah dilalui oleh kami namun kami percaya bahawa banyak yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian tersebut.

“Kami ingin memastikan bahawa perkara ini tidak akan berlaku pada pelancong lain,” kata mereka.

Syarikat tersebut didakwa telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kecederaan serta tekanan psikologi yang dialami oleh pasangan tersebut.

Gambar: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa