Siakap Keli
Gambar: KKM

Mesej SOP ‘Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga’ Yang Tular Adalah Berita Palsu, KKM Mohon Jangan Disebarkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu mesej berkenaan SOP PKPKP (Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga) seperti yang tersebar dan telah tular di internet adalah palsu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi KKM, gambar mesej tular tersebut memaparkan beberapa SOP yang berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga dengan 8 garis panduan yang disenaraikan.

Selain daripada itu juga, turut terkandung di dalam mesej itu adalah “Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah”, “Covid Tiga peringkat”, “Tahap ketika hendak ke hospital”, “Ubat yang diambil di hospital pengasingan”, “makanan yang perlu diambil untuk menghilangkan virus” serta ” Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?”.

Justeru daripada itu, KKM menyeru kepada orang ramai supaya tidak sebarkan atau kongsikan mesej tersebut.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa