Siakap Keli

Musa Aman Dakwa Miliki Majoriti Mudah Dengan Sokongan 33 ADUN, Tak Perlu Bubar Dewan

Tan Sri Musa Aman dalam satu sidang media mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah dengan sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menubuhkan kerajaan baharu negeri Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut berkata, tidak perlu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dan mengadakan Pilihan Raya Negeri untuk memilih kerajaan baharu.

Pagi tadi, laporan Bernama menyatakan Tan Sri Musa Aman dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri Sabah selepas mendakwa memiliki majoriti mudah untuk tubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Namun, tidak lama kemudian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat satu sidang media dan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)