Siakap Keli

Pernah Jadi “Cashier, Babysitter & Housekeeper”, Adik Kongsi Kisah Kakak “Survive” Cari Duit Sendiri Belajar Di Mesir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai orang beranggapan, pelajar yang belajar di luar negara itu mesti daripada kalangan anak orang berada.

Masakan tidak, jika mampu tinggal di negara orang, beberapa tahun lamanya, malah nilai matawang pun agak berbeza, mungkin golongan pelajar ini boleh ‘hidup’ sebab dua perkara; pertama, menerima tajaan biasiswa atau kedua, ditanggung penuh keluarga sendiri.

Namun hakikatnya, bukan semua pelajar di luar negara mengalami situasi yang sama.

Ada yang nekad belajar di sana kerana ilmu, selain itu dalam masa sama, berani berdikari membawa diri untuk berusaha menguruskan kehidupan sendiri tanpa bergantung dengan siapa-siapa.

Begitu juga seperti yang dialami oleh kakak kepada individu bernama ariel_amin ini, beliau berkongsi di laman Twitternya tentang kisah bagaimana kakaknya boleh berdikari cari duit sendiri sepanjang bermastautin di Mesir.

Ianya sungguh menginspirasikan. Ikuti kisah di bawah ini.

*Setiap kapsyen yang ditulis dalam tangkap layar (screenshot) story Instagram di bawah ini telah ditulis semula ke dalam artikel bagi memudahkan pembaca.

Inilah tempat kerja pertama dekat Egypt. Masa ni 2016. Masa ni tengah dilema nak stay medicine ke tak. Sebab rasa give up time ni. Satu sem jugakla berkurung dalam rumah. Masuk sem kedua, baru dapat semangat baru. Masa ni, ada sorang kawan yang banyak tolong time susah.

Satu malam tu dia call. Dia tanya, “Betul ke nak balik Malaysia? Dah fikir masak-masak?”. Dia convince, bagi pendapat dia. Dia kata better try survive dulu. Start kerja. Masa tu tak reti sangat bab bisnes. So, dia introduce kan dekat sorang Ammu (pakcik Arab) ni. Ammu ni baru bukak kedai. Hari opening kedai tu, dia bawa aku pergi jumpa Ammu tu.

Ammu tu kata, dia memang tengah cari pekerja Malaysia, sebab dia bukak kedai stokin, jubah etc, customer mostly orang Malaysia. Tapi Ammu ni tak pandai cakap English, so kena cakap Arab ja dengan dia.

Fikir 5 minit, terus setuju, maka bermulalah kerja kat situ, mula-mula ingatkan jadi cashier/promoter je. Rupanya kena angkat barang sekali, kena promote dekat media sekali, kena layan customer online sekali, kena COD barang sekali.

Ingat lagi, satu malam tu, biasanya kerja dari 12 pm sampai 8 pm. Tapi malam tu, ada cust nak COD. Berkotak-kotak stokin, kotak besar taw. Yang ada 12 box stokin dalam kotak besar tu. Dengan handsock beratus-ratus, nak COD tingkat 5 awal Sabi, pergi naik teksi, dah sampai bangunan, teksi turunkan semua kotak, pastu nak naik tingkat 5 tak tahu macam mana.

Aku dah penat sangat masa tu. Dah pukul 10 lebih, dengan gelap lagi, rumah belakang Mesir Wa Sudan tu. Tetiba air mata menitik time tu. Dah jadi benda biasa, aku kalau letih sangat, tetiba je air mata menitis, tangan kiri kanan dah penuh. Kotak-kotak lagi, macam mana nak naik tingkat 5 yang takda lif tu.

Tengah-tengah fikir tu, doa la dalam hati, moga-moga ada la orang Asia yang baik, lalu kat jalan ni. Tak lama lepas tu, Allah makbulkan doa. Ada sorang ustaz ni lalu dan dia pun tolong angkat. Masa tu rasa lega sangat. Dah tak ingat muka ustaz tu sebab malam, lampu jalan kuning tu pun tak cerah sangat. Terima kasih banyaklah kat ustaz tu. Lepas tu balik-balik terus tersadai.

Itu antara pengalaman layan customer. Macam biasalah, customer mesti macam-macam ragam. Cust dari Malaysia pun ada, order banyak-banyak lepas tu suruh ambik duit dekat orang lain. Half ambik dekat orang awal sabi, half lagi ambik dekat orang dekat Asyir. Dia ingat aku ni COD duit ke apa. Lepas tu dahla barang dia suruh aku bawak balik Malaysia. Suruh asingkan by customer segala handsock stokin beratus-ratus tu dekat KLIA. Sabar jelah.

Tapi, kerja dengan Arab tulah yang ajar aku banyak benda. Dia baik sangat. Layan aku macam layan anak dia sendiri. Cuma, tak mudah untuk aku mengadu hal-hal kerja dengan dia, sebab complicated nak explain dekat orang Arab. Kat situ jugak, aku kenal macam-macam jenis orang.

Masa tu rasa famous jap haha. Masuk farmasi, orang tegur. Masuk kedai runcit, orang tegur. Masuk kedai makan, orang tegur. Tepi jalan pun orang tegur. Rasanya kalau orang kenal tu, selain Amni Hotrock, mesti sebab kedai stokin ni. Haha.

Ok sambung. Masa zaman kedai tu baru bukak, memang ramai sangat customer. Yelah, sebelum ni kan kena pergi Hussain baru boleh dapat segala jenis stokin, handsock, jubah etc, bila dah buka dekat area Asia punya penempatan, memang tak menang tanganlah. Mula-mula takda stor, lepastu Ammu buat stor kat bawah kedai tu.

Bila dah ada stor, hari-hari memang main dengan gunungan handsock lah. Beratus jenis warna dan jenis, kena asingkan ikut order customer. Stokin senang nak asingkan sebab ada 7 warna ja. Tak termasuk tudung lagi. Masa tu memang boleh baringlah dalam longgokan semua tu, buat sorang-sorang. Dengan nak layan WhatsApp customer lagi. Nak promote dekat Pasar Mesir lagi. Kenangan..

Akhirnya, berhenti jugak kat situ. Sebab final exam dan nak balik Malaysia. Rasa macam nak cari pengalaman lain pulak lepas tu. Kalau tengok sekarang, dah banyak improvement dah kedai tu. Sekarang, dah ada 2 kedai. Pekerja pun dah ramai. Siap ada ruang kat belakang kedai lagi. Siap ada cawangan dekat Malaysia lagi. Ha, hebat tak hebat. Ammu pernah offer jadi manager kat Malaysia. Haha. Ke lautlah degree aku kalau terima.

Rezeki seterusnya..

Job next, taraaa… Lepas dah balik semula ke Egypt, terus buat projek laksam ni. Sebelum projek laksam, ada buat projek laksa juga tapi yang laksa tu kejap ja. Yang projek laksam ni lagi meriah. Buat dengan kawan-kawan Cairo University masa tu. Ulang-aling Sayyeda Sabi nak settlekan order.

Bisnes makanan macam biasa. Macam orang-orang lain jugak. Cuma, baru tahu laksam susah gila nak buat. Tapi sedapp. Hahaha.

Next lagi, Projek Winter Break 2017 – Blueberry Cheese Cake

Ni pun macam bisnes makanan yang lain. Buat dengan member-member dentist. Pengalaman paling tak boleh lupa, sibuk jadi runner beli barang & COD cake sampai pukul 2 3 pagi. Bangun Subuh lambat, Kak Aimi marah gila sebab tak bangun time dia kejut. Sedangkan tak sedar langsung dia kejut. Kak Aimi sempat merajuk.

Bisnes ni memang masyuk masa tu. Kak A jadi chef. Memang sedap gila. Feedback lima bintang. Lepas tu ada sekali H dalam team yang jaga akaun, memang semua keluar masuk duit, smooth.

Lastly bisnes makanan tahun 2016/2017 tu, Bazar Convo Dmak.

Jual nasi tomato dengan carbonara. Beli tapak dengan AJK convo, lepas tu beli barang & masak. Masa tu, buat 2 orang ja. Masak selama 2 hari. Masak malam dan jual pagi esok sampai petang. Malam-malam baru pergi beli barang dekat suq Thamin. Masa tu, seorang je pergi suq nak beli 10 kg ayam, 10 kg bawang dan bahan-bahan lain. Pergi seorang ja time tu sebab lagi seorang kena masak.

Cuma hari kedua tu, ada ustaz yang insist nak jadi musyrif, so dia la tolong bawak segala barang-barang. Hahaha. Dahla pukul 10 malam, naik bas pulak tu, nak jimat punya pasal. Nasib baik habis semua nasi tomato.

Ok tu sejarah bisnes sendiri. Next job, kerja dengan orang balik. Dah tak larat nak bisnes sendiri sebab semua benda nak kena fikir dan settlekan sendiri. Dah penat ke baca? Haha. Panjang sangat ke? Haha. Nak sambung esok-esok lagi tak? Haha.

Sambungan

Dalam range tahun 2016/2017 tu jugak, pernah jadi babysitter untuk kakak dan abang senior Ainshams yang tengah final exam. Masa tu anak diorang baru beberapa bulan, memang baby lagilah. So ulang-alik Sabi-Abbasiyah time tu.

Aku jadi babysitter ni, kejap je. Bagi aku, babysitter ni susah sikit. Sebab nak kena 24 jam mata dekat baby walaupun baby tidur. Yelah, sebab takut tertakup dengan bantal ke etc. Lepas tu nak kena deal dengan baby yang very soft kan, kata orang. Kena extra careful. Anak orang kot.

Ok nextt. Job ni aku rasa mesti ramai yang dah tahu. Hotrock Cafe (HRC). Februari 2017, aku interview HRC. Mac 2017, aku start kerja. HRC ni, dapat masuk secara kebetulan saja. Satu hari tu, teman member makan kat situ, lepas tu member yang tanya kerja kosong. Tapi last-last, aku yang kerja situ, member tak pun.

Februari 2017, HRC baru je bukak sebulan. Aku antara 2 orang perempuan pertama kerja kat situ. Sebelum tu semua lelaki. Tak rasa awkward sangat sebab ada Kak Kinah. Kalau tak sebab Kak Kinah, susah jugaklah.

Dari pembantu dapur, ke waitress, ke cashier dan seangkatan dengannya. Tak pernah jadi manager sebab aku part time saja. Aku kerja time weekend, time lepas kelas dan time cuti. HRC still kerja sampai sekarang, cuma sejak last year, aku ambik weekend saja sebab weekday dah busy dengan hospital dan tuition.

Yang bestnya, gaji dibayar setiap 10 hari. So takyah tunggu akhir bulan. Makan dah tak payah fikir. So duit gaji boleh ke kedai coffee, study kat sana. Haha, bukan masuk tabung ye kawan-kawan..

*jangan tiru okay, dapat gaji, better buat saving.

Kalau winter break, ataupun summer break, ataupun time tu nak cari duit lebih, aku akan cari side income jugak. Contohnya, housekeeping.

Housekeeping homestay ni aku mula berjinak tahun 2018. Tak perlu kerja hari-hari, kerja time orang nak masuk saja. So tak pressure sangat.

Rezeki sentiasa murah & tidak disangka-sangka

Sementara itu, Ariel menambah lagi, kakaknya juga pernah menghadapi detik genting di mana dia pernah tidak dibenarkan mengambil peperiksaan kerana kekangan kewangan untuk membayar yuran pengajian.

Namun, mungkin keberkatan yang diberi kepadanya atas usahanya belajar bersungguh-sungguh dan berani berdikari selama ini, satu persatu rezeki diturunkan Allah Taala secara tidak disangka-sangka.

Sumber: ariel_amin

Denin

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.