Siakap Keli

PLUS Akan Tutup Sementara RNR & Hentian Sebelah Tertentu Jika Keadaan Sesak, Elak Risiko Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah tertentu sekiranya berlaku kesesakan berikutan aliran trafik dijangka meningkat menjelang sambutan Aidiladha esok.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusoff Abdul Aziz berkata keputusan itu diambil setelah berbincang dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

“Kawasan rehat yang ditutup sementara akibat kesesakan akan dibuka secepat mungkin setelah pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan semuanya selamat untuk digunakan oleh pengguna yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengumuman mengenai kawasan rehat yang ditutup sementara akan dipaparkan di papan tanda elektronik yang disediakan di lebuh raya termasuk menerusi akaun Twitter rasmi dan aplikasi PLUS.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.