Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Sabah Siar Warta Kerajaan Isytihar Pembubaran DUN

KOTA KINABALU, 30 Julai (Bernama) — Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Dalam kenyataan di sini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata warta itu memaklumkan  bahawa Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin telah menjalankan kuasa di bawah Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah untuk mengisytiharkan DUN Sabah ke-15 dibubarkan hari ini.

Warta itu turut menyebut nama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menurut perintah Yang Dipertua Negeri.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story