Siakap Keli

Stok Kurang, Pusat Darah Negara Seru Pemilik Darah O Positif Untuk Segera Menderma

PUTRAJAYA, 30 Julai – Stok bekalan darah komponen platlet O di dilaporkan semakin berkurangan, umum Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

Sehubungan itu, semua penderma darah O Positif diseru untuk tampil menderma darah bagi memastikan stok bekalan sentiasa mencukupi.

Dalam pada itu, jadual waktu operasi Pusat Darah Negara (PDN) yang beroperasi dari 30 Julai hingga 2 Ogos turut disenaraikan di tiga lokasi berbeza.

Bagi PDN Jalan Tun Razak, waktu operasi yang dijadualkan adalah pada 30 Julai, Khamis (hari ini) dari pukul 7.30 pagi hingga 6 petang, manakala 31 Julai hingga 2 Ogos pula dari 8 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, PDN Donation Suite, Midvalley Megamall akan beroperasi sepanjang tarikh tersebut dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Manakala bagi PDN Puspanita Presint 10, Putrajaya pula, waktu operasi turut dijadualkan pada tarikh yang sama, dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Sumber: Pusat Darah Negara KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.